Thursday 13 March 2014


Pelbagai teori telah dilontarkan sepanjang kisah kehilangan pesawat MAS MH370. Ada yang membuat spekulasi ia terhempas, meletup, dirampas dan juga ditawan. Sehingga kini ia masih juga belum ditemui dan banyak dakwaan sesetengah pihak mengatakan ia telah disabotaj.

Namun, persoalannya pada hari ini, apa yang terjadi sebenarnya pada pesawat MH370?


Muhamamad Fuad Mohd Noor yang juga seorang penganalisa pertahanan berkata, mungkin berlaku sesuatu di kokpit pesawat sehinggakan sebarang isyarat kecemasan gagal dihantar ke menara kawalan.

"Mungkin berlaku letupan kecil dalam kokpit sehingga menyebabkan semua sistem terpadam selain juruterbang dan pembantunya tidak sedarkan diri, jika tidak masakan isyaratnya boleh hilang begitu sahaja. 

"Saya berpendapat mustahil berlaku letupan besar di udara, kerana sekiranya ia berlaku sudah pastinya pasukan penyelamat sudah menemui serpihan pesawat itu bertaburan, tetapi apa yang berlaku usaha mencari MH370 masih lagi tidak menemui sebarang bukti atau petunjuk di mana ia berada," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Dia juga tidak menolak kemungkinan pesawat mungkin terjunam dan tersekat di dasar laut.

"Jika pesawat itu (MH370) masih belum ditemui, ia mungkin mengambil masa yang agak lama untuk ia 'membebaskan diri' bergantung kepada kadar pereputan badan pesawat dan juga arus di dasar laut," katanya.

Dia turut berkata mustahil jika pesawat itu dirampas kerana tiada isyarat kecemasan dihantar oleh pesawat tersebut kepada menara kawalan.

Menurutnya, jika pesawat itu dirampas, si perampas perlu memecahkan pintu kokpit terlebih dahulu dan pada ketika itu, juruterbang masih lagi sempat untuk menghantar isyarat kecemasan. Isyarat MH370 hilang dan lenyap dari radar begitu sahaja. Sepertimana kita ketahui, Kapten Zaharie Ahmad Sshah merupakan seoang yang sangat berpengalaman dan dia tahu bagaimana untuk menghadapi keadaan seperti itu.

SUMBER

0 comments:

Post a Comment