Friday 14 March 2014


Wah bukan main ceria lagi muka Rozita Che Wan ni kan. Mana tidaknya, ramai rakan-rakan artis yang hadir dalam meraikan sambutan hari lahirnya yang ke-43. Dafi adalah antara artis yang hadir dalam mahjis tersebut.

Walaupun dah berumur 43, Rozita Che Wan atau nama komersialnya Che Ta ini mempunyai rupa yang cantik jelita. Disebabkan itulah dia menjadi perhatian ramai dan akhirnya menjadi milik suaminya, Zain Saidin.

Semoga Che Ta dipanjangkan umur dan juga dimurahkan rezeki pada tahun ini. Tidak lupa juga, semoga hubungan suami isteri dia dan Zain Saidin akan berkekalan hingga akhir hayat.

Jom lihat gambar romantik Che Ta dengan Zain Saidin di majlis sambutan hari jadinya :


TAHNIAH kepada pasanya Aidil Zafuan Dan Zarema kini sah bergelar suami isteri. Pemain bola kebangsaan itu sah menjadi suami kepada Zarema Zainal pada pukul 10.50 pagi.

Pasangan ini dinikahkan oleh abang pengantin perempuan, Datuk Zulhisham dengan disaksikan jurunikah dari Masjid Al-Falah Kampung Idaman, Ustaz Musa Hussain.

Zarema menerima mas kahwin sebanyak RM7000 beserta wang hantaran dalam bentuk cek bernilai RM17,000. Sebanyak 9 dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas 11 dulang hantaran oleh pihak perempuan.

Majlis resepsi mereka akan diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur esok dan majlis resepsi pihak lelaki pula akan berlangsung pada 30 March ini.

Ini meruupakan perkahwinan kali petama Zarema dan kali kedua Aidil Zafuan.

Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin menggelar Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaluddin  sebagai budak yang kurang ajar dan biadap.

Dia menjelaskan, Khairy Jamaluddin perangai tak senonoh dan Khairy Jamaluddin sepatutnya berjumpanya terlebih dahulu bagi mendapatkan penjelasan sebenar sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan kepada media.

Khairy Jamaluddin sebelum ini melalui akaun Twitter beliau menyifatkan upacara ritual tersebut memalukan. Beliau turut berkata, tindakan perlu diambil terhadap bomoh tersebut.

SUMBER

Menurut Jabatan Agama Islam Perak, menggunakan khidmat bomoh dalam pencarian Pesawat Malaysia Airlines MH370 adalah bertentangan dengan Islam. 

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Datuk Mohd Yusop Husin berkata, umat Islam di negera ini disgesa agar tidak terpengaruh kepada sebarang upacara perbomohan.


Thursday 13 March 2014


Pelbagai teori telah dilontarkan sepanjang kisah kehilangan pesawat MAS MH370. Ada yang membuat spekulasi ia terhempas, meletup, dirampas dan juga ditawan. Sehingga kini ia masih juga belum ditemui dan banyak dakwaan sesetengah pihak mengatakan ia telah disabotaj.

Namun, persoalannya pada hari ini, apa yang terjadi sebenarnya pada pesawat MH370?



Ada "petunjuk" ia terhempas di Lautan Hindi. Itulah kata dari Pegawai Amerika Syarikat yang mendedahkan  ada petunjuk pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dilaporkan hilang sejak 8 March 2014 itu mungkin terhempas di Lautan Hindi.

Susulan pendedahan itu, mereka telah menggerakkan kapal USS Kidd ke kawasan tersebut untuk mencarinya, lapor stesen televisyen ABC News. Pegawai itu turut menjelaskan mereka ada petunjuk pesawat itu terbang selama empat atau lima jam selepas hilang dari radar dan dipercayai terhempas di lautan tersebut.



Inilah contoh gambar Kokpit Boeing 777 milik syarikat penerbangan Malaysia (MAS). Bayangkan, bagaimana canggih dan hebat kelengkapan pesawat ini dan bagaimana tragedi kehilangan pesawat MH370 boleh berlaku?

Apa pun, marilah kita bersama sama-sama mendoakan agar pesawat MH370 akan ditemui dalam keadaan baik dan ia segera ditemui.


Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) menafikan berita daripada media asing mengenai pesawat MH370 masih lagi terbang selama 4 jam selepas terputus hubungan dengan menara kawalan.

Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan Malaysia (MAS), Ahmad Jauhari Yahya berkata :



Semalam, ramai pengguna laman social dan juga blog digemparkan dengan berita Setelit China telah menemui satu imej di sebuah lokasi yang dipercayai milik MH370 yang dilaporkan hilang

Walaubagaimanapun, YB Dato' Seri Hishammuddin menegaskan bahawa imej dari satelit China yang hangat diperkatakan di laman sosial adalah tidak benar. Ia juga menjejaskan operasi pencarian Pesawat MH370.


Sejak beberapa hari lepas, Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin semakin dikenali ramai susulan tindakannya mengadakan upacara ritual di KLIA bagi menjejaki pesawat MH370 yang dikatakan hilang tanpa dikesan.

Dalam kejadian tersebut, Ibrahim Mat Zin mendakwa bahawa beliau menggunakan ayat suci Al-Quran dan berlandaskan syariat Islam. Upacara tersebut berlaku pada hari Isnin lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA).