Thursday 13 March 2014


Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) menafikan berita daripada media asing mengenai pesawat MH370 masih lagi terbang selama 4 jam selepas terputus hubungan dengan menara kawalan.

Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan Malaysia (MAS), Ahmad Jauhari Yahya berkata :


"Dakwaan yang mengatakan pesawat MH370 itu terbang selama empat jam selepas terputus hubungan tidak benar kerana tiada data diterima bagi tempoh itu," katanya pada sidang akhbar di Hotel Sama-Sama di sini semalam.

Dia turut menegaskan syarikat Boeing Company dan Rolls Royce tidak menerima sebarang isyarat mengenai data enjin daripada pesawat MH370 selepas jam 1.07 pagi Sabtu lepas.

SUMBER

0 comments:

Post a Comment