Friday 13 December 2013


Kasihan dengan pelakon popular Tasha Shila atau nama penuhnya Natshashiela Abdul Razak, 26 apabila dirinya selalu dikaitkan dengan aktiviti yang tidak elok. Banyak tohmahan dicalitkan kepadanya. 

Kalau sebelum ini, dia digosipkan pernah ditangkap khalwat, kini dia dikatakan bercumbuan di khalayak ramai pula dengan teman lelakinya yang bernama Hans di sebua kafe terkemuka.

"Ibu dan ayah mana yang tidak sedih apabila anak mereka digosipkan dengan perkara-perkara memalukan?  Sudahlah sebelum ini ada berita kononnya saya ditangkap khalwat. Sekarang pula, saya dikatakan bercumbuan di khalayak ramai." 
"Walaupun mak dan ayah tahu cerita sebenar, tetapi mereka terpaksa berdepan pelbagai persoalan daripada rakan-rakan dan saudara. Mujurlah mereka faham dan percayakan saya," katanya .
Pada 4 Disember lalu, sebuah akhbar tempatan ada melaporkan Tasha Shila telah bercumbuan di khalayak ramai namun ia dinafikan sekeras-kerasnya oleh Tasha Shila. Tak mungkin dia akan melakukan perkara tersebut lebih-lebih lagi ketika menghadiri majlis rasmi.
"Saya seorang yang tidak mudah melenting dengan apa-apa isu yang timbul. Tetapi janganlah 'provoke' saya dengan cerita-cerita rekaan sendiri. Kalau nak cakap isu ini telah mencalarkan nama saya, rasanya gosip sebelum ini lagi teruk." 
"Tapi sampai bila gosip-gosip buruk sebegini mahu berterusan? Selagi saya boleh tahan, saya tahan. Tetapi bagaimana dengan mak dan ayah? Jangan sampai saya terpaksa mengehadkan kemesraan saya bersama orang sekeliling saya," tuturnya.
P/s: Kasihan dengan nasib yang melanda Tasha Shila. Tak sudah-sudah gosip yang bukan-bukan melanda dirinya.

0 comments:

Post a Comment