Tuesday 17 December 2013


Pada Jumaat yang lepas, suami Nooraida iaitu Amiruddin Othman telah membuat laporan berkaitan pendirian mereka tidak berpuas hati mengenai keputusan mahkamah berkaitan isu skandal isterinya dengan pelakon sensasi Adi Putra.

Namun pada sidang media tersebut, apa yang menjadi bualan dan perhatian ramai adalah baju yang dipakai oleh Nooraida yang menampakkan bahagian dada beliau. Adakah dia sengaja atau betul-betul tidak perasan akan hal tersebut?

Bahagian dada yang terdedah itu terlalu mencolok mata sehinggakan ada akhbar yang terpaksa menutup bahagian tersebut kerana tidak sesuai ditayangkan. Berikut adalah penjelasan daripada Nooraida mengenai perkara tersebut :



Jika sidang akhbar itu dilakukan bertujuan membangkitkan hak mereka tidak berpuas hati dengan keputusan penyelidikan dan penyiasatan yang telah dijalankan, adakah dia tidak sedar dengan berpakaian seperti itu ibarat memercik air ke muka sendiri?

0 comments:

Post a Comment