Thursday 13 March 2014


Ada "petunjuk" ia terhempas di Lautan Hindi. Itulah kata dari Pegawai Amerika Syarikat yang mendedahkan  ada petunjuk pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dilaporkan hilang sejak 8 March 2014 itu mungkin terhempas di Lautan Hindi.

Susulan pendedahan itu, mereka telah menggerakkan kapal USS Kidd ke kawasan tersebut untuk mencarinya, lapor stesen televisyen ABC News. Pegawai itu turut menjelaskan mereka ada petunjuk pesawat itu terbang selama empat atau lima jam selepas hilang dari radar dan dipercayai terhempas di lautan tersebut.


"Kami ada petunjuk pesawat itu terhempas di Lautan Hindi," kata pegawai kanan berkenaan.

Mereka menjelaskan, pihaknya memerlukan masa 24 jam untuk menggerakkan kapalnya ke kasawan itu. Amerika Syarikat juga mempunyai pengkalan tentera di Diego Garcia yang terletak di Lautan Hindi.

Kenyataan Pegawai tersebut menyusul kenyataan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hisyamuddin Hussein yang menafikan laporan The Street Wall Journal yang mengatakan ada bukti pesawat tersebut terbang selama beberapa jam selepas ia kali terakhir dikesan.

Usaha mencari pesawat MH370 pada mulanya bermula di perairan Laut China Selatan sebelum diperluaskan ke Selat Melaka hingga ke Kepulauan Andaman.

"Kita sedang bekerjasama dengan dekat dengan pihak FAA dan NTSB tentang isu kemungkinan patah balik itu," kata Hishammuddin, merujuk kepada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika.

Selain itu, Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain yang juga seorang yang berpengalaman dalam penerbangan berkata Lautan Hindi adalah kawasan laut paling bergelora dan ia tidak dihimpit oleh sebarang daratan.

"Ini adalah kawasan yang paling sunyi di dunia. Sangat sedikit kapal dan pesawat yang lalu di situ. Ombaknya kuat dan angin kencang. Sekiranya pesawat hilang di situ, peluang untuk menemuinya sangat tipis," katanya.

SUMBER

0 comments:

Post a Comment