Friday 14 March 2014


Menurut Jabatan Agama Islam Perak, menggunakan khidmat bomoh dalam pencarian Pesawat Malaysia Airlines MH370 adalah bertentangan dengan Islam. 

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Datuk Mohd Yusop Husin berkata, umat Islam di negera ini disgesa agar tidak terpengaruh kepada sebarang upacara perbomohan.


“Tindakan itu bukan sahaja memberi kesan pemahaman negatif kepada penganut agama lain, malah agama Islam turut dipermainkan. Bukan itu sahaja, ia satu usaha yang sia-sia malah boleh mengundang kemurkaan ALLAH SWT.

“Yakinlah ALLAH SWT adalah sebaik-baik tempat untuk kita bergantung dan bertawakal, tiada kuasa lebih agung dari kekuasaan ALLAH.

“Apa yang mereka buat ini bukan cara disuruh dalam Islam, dan saya mohon kepada media dalam negara tidak perlulah ‘beri muka’ dengan mainkan cerita mengenai mereka,” katanya di sini, semalam.

INFO : Misi mencari kehilangan Pesawat MAS MH370 kini sudah memasuki hari ke-6.

SUMBER

0 comments:

Post a Comment