Thursday 13 March 2014


Sejak beberapa hari lepas, Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin semakin dikenali ramai susulan tindakannya mengadakan upacara ritual di KLIA bagi menjejaki pesawat MH370 yang dikatakan hilang tanpa dikesan.

Dalam kejadian tersebut, Ibrahim Mat Zin mendakwa bahawa beliau menggunakan ayat suci Al-Quran dan berlandaskan syariat Islam. Upacara tersebut berlaku pada hari Isnin lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA).


“Penggunaan barang itu hanya sebagai simbolik atau petua yang diturunkan oleh orang tua dan bukannya untuk dipuja.

“Saya harap orang ramai tidak mudah menuduh saya terpesong daripada ajaran Islam dan tindakan mahkamah akan diambil kepada mereka yang degil,” katanya kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, hari ini.

Datuk Seri Shahidan Kassim semalam menafikan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa kerajaan memberi kebenaran kepada bomoh tersebut dalam operasi membantu mencari pesawat MH370 yang hilang.

Pada hari pertama, bomoh tersebut bersama pembantunya datang dengan sangkar dan teropong buluh manakala pada kari kedua, beliau datang dengan membawa tikar terbang dan juga buah kelapa bagi menjalankan upacara ritual tersebut.

SUMBER

0 comments:

Post a Comment