Wednesday, 4 December 2013


Nampaknya isu saman-menyaman antara Rabecca Nur Islam dan Erma Fatima semakin hangat walaupun keputusan telah berpihak kepada Rebecca.

Semalam, dunia hiburan Malaysia kecoh dengan berita Rabecca Nur Islam telah menerima bayaran saman RM11,200 dalam bentuk syiling 5 sen dan senaskah Al-Quran daripada pengarah filem terkemuka Erma Fatima.


Masih belum dapat dipastikan lagi atas sebab apa Erma Fatima berbuat demikian. Walaubagaimanapun, Rabecca Nur Islam tetap tidak berpuas hati dengan cara Erma Fatima membayar semula saman tersebut seperti menyindir beliau.

MyArtis telah menghubungi pihak Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mendapatkan penjelasan mengenai syiling 5 sen ini. Jurucakap BNM berkata, syiling 5sen hanya boleh digunakan sebagai transaksi jika jumpa ia tidak melebihi RM2.

“Jika transasksi melebihi RM2, pihak yang menerima bayaran itu berhak menolaknya dan pihak yang membayar pula mesti menggantikan dengan penggunaan wang yang munasabah,” katanya ketika dihubungi.

Tindakan Erma Fatima itu juga dikatakan menyalahi Akta Bank Negara Malaysia 1958 (Pindaan 1994).


Namun, dalam kes ini, jika Rabecca ingin memulangkan semula duit tersebut, ia boleh dilakukan.

0 comments:

Post a Comment