Sekarang ni mungkin trend artis "disekolahkan" oleh peminat di laman sosial. Memang ramai artis yang dikritik hebat di laman sosial dan ada juga yang menerima pujian dari kalangan peminat mereka.
Tidak terlepas artis yang baru menikah baru-baru ini iaitu Fizo Omar. Disebabkan bergambar sambil memeluk dua orang perempuan dia ditegur hebat oleh para peminatnya. Tanpa selidik terlebih dahulu, pelbagai tanggapan negatif muncul di ruangan komen apabila artis terbabit memuat naik gambar tersebut di laman sosial.
Namun, Fizo telah mengemaskini status di Facebook beliau selepas itu dengan mengatakan teguran perlulah ada caranya dan bukannya memalukan sesiapa sahaja.
Tak kisah la artis ke atau orang biasa, jika kita nak menegur sebaiknya selidik terlebih dahulu. Sekali kita komen berbaur negatif, ia pasti akan memberi gambaran negatif kepada semua pihak.
Boleh Tegur Tapi Bukan Memalukan - Fizo Omar