Tentunya ramai yang terkejut dengan khabar Johan As'ari memilih Lana Nordin sebagai bakal isterinya. Sebelum ini, mungkin ramai yang tahu Shila Amzah dan Johan sememangnya rapat dan tiba-tiba pula Johan memilih Lana Nordin.
Susulan berita tersebut, ramai peminat Shila memberikan kata-kata semangat kepada penyanyi tersebut agar terus tabah menghadapi segala ujian dari Allah. Kata-kata positif terus diperkatakan agar dia tidak bersedih dan terus berfikir ke hadapan.
Shila akhirnya meluahkan perasaan sedihnya kepada peminat tersayang selepas terlalu banyak respon komen-komen dari peminatnya. Status itu menunjukkan dia menerima ketentuan takdir dan pastinya ada hikmah semua ini berlaku.
Shila turut menjelaskan dia kini dah berubah dan bersedia menghadapi sebarang ujian dari Tuhan. Dia turut menyatakan tidak akan mengulangi apa yang pernah terjadi dan tidak akan sesekali mengaibkan diri serta keluarganya lagi.
Shila juga turut memberikan kata-kata positif kepada ibu Johan yang berbunyi :
Please be strong aunty sayang..we love you..no matter what:) Allah knows better..we are here for you.. *Hugs*balik nanti kita pergi jalan2..i promise..:*@firdausari
Bagi peminat Shila Amzah pula, teruskan menyokong perjuangan Shila dalam dunia hiburan ini. Kita doakan dia mendapat jodoh yang betul-betul telah ditentukan oleh Allah S.W.T kepadanya.
Semua Ini Ada Hikmah - Shila Amzah