Perkenalan selama tiga hari sahaja telah membuatkan diri Johan As'ari telah jatuh cinta dengan Lana Nordin yang tujuh tahun lebih tua darinya. Ia sangat mengejutkan ramai pihak kerana sebelum ini gosip Johan dan Shila Amzah dilamun cinta tersebar luas. Ramai lagi masih tertanya-tanya adakah ini hanya satu PROPA atau realiti ?
"A sad face under the shades" - itulah caption bagi gambar di bawah ini. Ia jelas menunjukkan kekecewaan ibu Johan terhadap anaknya tetapi Allah menduga kita dan pastinya ada hikmah di sebaliknya.
Namun, kekecewaan tersebut dipujuk oleh Shila yang cuba menenangkan hati seorang ibu. Shila telah mengupload satu gambar ketika bersama ibu Johan. Status tersebut berbunyi begini :
"Please be strong aunty sayang..we love you..no matter what:) Allah knows better..we are here for you.. *Hugs*balik nanti kita pergi jalan2..i promise..:"
Dikhabarkan juga Shila telah memadam beberapa statusnya di Instagram dan masih belum memberika apa-apa kenyataan terhadap media berhubung kenyataan ini. Artikel Berita Harian (BH) juga telah memaparkan Johan mengganggap Shila seperti adiknya sahaja. Jika benar la jodoh Johan dengan Lana Nordin, diharap dia dapat membimbing Lana ke arah lebih baik lagi. - Berita Hitz
Sila Amzah Cuba Pujuk Ibu Johan ??