Saturday, 30 November 2013


Heboh satu Malaysia mengenai perhubungan Johan As'ari dengan Lana Nordin. Berjumpa dalam masa 3 hari telah membuahkan rasa cinta di dalam hati mereka. Nampaknya Johan masih lagi enggan mengulas lanjut mengenai perhubungan dia dengan Lana Nordin.

"Saya bukan tak nak jawab telefon, tetapi sejak semalam saya sibuk dengan Anugerah Skrin yang akan berlangsung pada malam ini. Apa yang boleh saya katakan selagi kami belum bernikah, lana belum tentu jodoh saya. Untuk bertunang pula, saya belum boleh beritahu lagi." 
"Tunggulah ‘green light’ daripada keluarga. Paling penting petunjuk Allah kerana jodoh adalah rahsia daripada-Nya. Tambahan pula, sudah tiba masanya ‘timba dah cari perigi.”
Tapi jika benarlah jodoh dia bersama Lana Nordin, kita doakan yang terbaik dalam pernikahan mereka. Walaupun ada insan yang bekecil hati tapi kalau jodoh tu Allah dah tetapkan, kita harus menerimanya juga. Apa pun kita nantikan kata putus daripada Johan senndiri.

0 comments:

Post a Comment