Kecoh dunia hiburan Malaysia apabila Johan As'ari tiba-tiba ingin berkahwin dengan Lana Nordin. Munkin inilah jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah buat Johan. Sebelum ini, kita kenal Lana Nordin dengan imej seksinya tapi yang menariknya sekarang adalah dia ingin berubah dan berhijab.
Menurut satu sumber, Lana Nordin ingin bertudung kerana rasa sayang dan cintanya kepada Johan. Mungkin dia ingin menjaga nama Johan dan apabila menjadi isteri, sewajarnya dosa dan pahala dia adalah tanggungan si suami.
"Katanya kepada saya, kalau boleh, biarlah dia bertudung kerana dia bakal berkahwin. Lagipun, Lana menyifatkan perkahwinannya itu bukan perkara main-main. Itu adalah serius!" jelas sumber itu kepada Utusan Online di sini hari ini.
Dari berbaju ketat bertukar kepada imej bertudung. ADMIN sangat terharu dengan perancangan Lana Nordin yang ingin berubah. Alhamdulillah, marilah kita doakan agar dia ikhlas ingin berubah ke arah yang lebih baik.
SUMBER - Utusan Online
Lana Nordin Sanggup Bertudung Demi Johan As'ari