Dibayar RM11,200 dengan wang syiling 5sen, Rabecca Nur Islam tampil meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap Erma Fatima dan menganggap tindakan Erma Fatima itu sengaja ingin mencetuskan kemarahan beliau.
Dalam tuntutan saman tersebut, Erma Fatima telah membayar RM11,200 dalam bentuk syiling 5sen beserta senaskah Al-Quran kepada Rabecca Nur Islam.
“Apa maksudnya itu apabila dia (Erma) membayar wang saman dengan cara begitu? Adakah dia masih tidak berpuas hati dengan kekalahannya di mahkamah? Kenapa dia perlu menghantar kitab al-Quran kepada saya seolah-olah ingin sindir saya?,” ujarnya kepada mStar Online.
Jika Erma Fatima ingin mencetuskan kemarahan beliau, ia takkan terjadi kerana Rabecca Nur Islam berkata, dia akan memulangkan semula wang tersebut dan ingin Erma Fatima mambayar wang tuntutan saman terbabt dengan cara yang lebih berhemah.
Ingatkan pergaduhan mereka ni dah selesai lepas habis perbicaraan hari tu. Tapi masih lagi berlarutan sampai sekarang nampaknya. Hurmm...
Erma Fatima Bayar Saman Rabecca RM11,200 Dengan Syiling 5sen