Setiap kali hujung tahun, pastinya musim tengkujuh akan bermula. Selalunya negeri yang kerap dilanda banjir adalah sekitar Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu selain negeri di Utara seperti Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.
Bagi mereka yang selalu terkena banjir ini, pastinya mereka sudah bersiap sedia bagi menghadapi sebaran keadaan yang akan berlaku. Selain faktor hujan yang tidak berhenti, faktor saliran yang tersumbat akibat sampah-sarap dan tanah juga adalah penyebab berlakunya banjir ini.
5.45 Petang 3 Disember 2013 - Kolej Islam KIPSAS, Kuantan, Pahang telahpun ditenggelami air sedalam lebih 5 meter. Para pelajar telahpun dipindahkan ke satu kawasan yang lebih selamat oleh anggota yang bertugas.
8.45 Malam 3 Disember 2013 - Paras air mula meningkan secara mendadak disekitar Kuantan, Pahang. Pihak Polis telah mengeluarkan amaran bagi penduduk sekitar Kuantan, Gambang, Rompin, Raub dan daerah-daerah sekitarnya untuk berhati-hati terhadap sebarang kemungkinan.
12.15 Tengah malam 4 Disember 2013 - Air naik disekitar bandar-bandar besar termasuk Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun, Paka dan lain-lain daerah di Terengganu. Pihak Polis telah melaporkan agar berwaspada terhadap sebarang kemungkinan. Unit Tindakan Banjir telahpun bersiap sedia.
3.23 Pagi 4 Disember 2013 - Bandar Kemaman telahpun lumpuh. Air telah mula melimpah memenuhi sekitar bandar Kemaman, Terengganu. Paras air didapati telah mencecah paras dada orang dewasa.
7.00 Pagi 4 Disember 2013 - Keadaan semakin buruk di sekitar daerah Kuantan. Seramai 9030 mangsa telahpun dipindahkan ke pusat pemindahan sementara banjir Pahang yang beroperasi di beberapa daerah. Jalan sekitar Pahang telahpun ditutup sepenuhnya. Hubungan antara Pahang – Terengganu – Johor telahpun terputus. Sebanyak 69 pusat pemindahan beroperasi di daerah Maran, Pekan, Rompin, Kuantan dan Jerantut. Katanya laluan yang ditutup bagi kenderaan ringan, Km28 Kuantan-Sungai Lembing, Km36 Jalan Gambang-Kuantan, Km16 Jalan Nenasi-Pekan, Km145 Jalan Jerangau-Jabor, Km72 Jalan Kuantan-Segamat dan Km10 Jalan Kuantan-Pekan.
8.20 Pagi 4 Disember 2013 - Banjir yang kini melanda Kemaman, Terengganu telahpun meragut nyawa seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang ditemui lemas dalam kejadian di Kampung Padang Kubu, Kijal semalam. Menurut Anggota Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, beliau turut dimaklumkan seorang kanak-kanak dikhuatiri hilang dalam kejadian air pasang besar, juga di Kijal.
Berdasarkan laporan Bilik Gerakan Banjir daerah Kemaman, lebih 1000 mangsa daripada 483 keluarga kini ditempatkan di pusat pemindahan banjir, kata Ahmad Shabery yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, kepada pemberita di sini pagi ini.
9.10 Pagi 4 Disember 2013 - Bandar Kuantan telah LUMPUH sepenuhnya pagi ini…. air mencecah paras dada orang dewasa… jalan-jalan utama seluruh bandar-bandar utama Kuantan telah mati. Lebih 9300 penduduk sekitar Kuantan – Gambang telahpun dipinahkan ke lebih 60 buah pusat pemindahan di Zon Hijau. Kini, Kuantan sudah menghampiri Zon Merah.
9.30 Pagi 4 Disember 2013 - Bekalan elektrik terputus di daerah-daerah utama seluruh Pahang. Beberapa lokasi di Pahang telahpun terputus bekalan elektrik sejak malam tadi.
9.45 Pagi 4 Disember 2013 - Penduduk yang tinggal berdekatan sungai atau kawasan banjir di Johor diminta berjaga-jaga berikutan aras air sungai yang kian meningkat. Ia membabitkan daerah Mersing, Segamat, Kota Tinggi, Kluang dan terbaharu Muar dan Batu Pahat. “Orang ramai yang ingin ke Mersing, Kluang atau Kota Tinggi dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Jemaluang-Kluang dan Jalan Tenggaroh-Tanjung Sedili-Kota Tinggi,” — Ketua Polis Daerah Mersing, DSP Hashim.
Akan Update ...
TERBARU : Keadaan Banjir Di Pantai Timur 2013