Wednesday 4 December 2013


Ramai yang tertanya-tanya .. Kemalangan ? Teruk ke ?

Kelalaian seorang pemandu kereta yang meletakkan sementara kereta volvonya untuk mengambil pas keselamatan di laluan masuk Bangunan Parlimen telah menyebabkan kemalangan ringan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.50 pagi semalam di mana lelaki tersebut terlupa untuk menarik brek tangan kereta sehingga terundur sedikit ke belakang dan melanggar kereta proton perdana milik Perdana Menteri.

Menurut Ketua Polis Negara, Datuk Mohamad Salleh berkata, Datuk Seri Najib bagaimanapun tidak mengelama sebarang kecederaan dan kereta tersebut tidak mengalami sebarang kerosakan.

SUMBER

0 comments:

Post a Comment