Monday 2 December 2013

Suami Hina Isteri Anjing Kurap di Facebook


Seorang suami telah memuat naik status berbaur caci makian kepada isterinya di laman sosial Facebook. Dalam keadaan marah, dia secara terang-terangan telah memuatnaik status tersebut.

Dalam statusnya itu, si suami naik berang kerana pulang dari kerja, rumah dalam keadaan bersepah gara-gara si isteri asyik sibuk melayari internet 24 jam.

Panggilan kasar si suami tersebut telah berjaya menarik perhatian orang ramai. Walaupun si isteri membuat kesalahan sebegitu, sepatutnya masalah rumah tangga ini tidak didedahkan kepada orang ramai kerana akan berlakunya membuka aib seseorang apatah lagi siteri sendiri.

Kepada si isteri juga, janganlah kerana sibuk melayari internet menjadikan anda seorang yang malas dan tidak membuat kerja-kerja rumah. Si suami penat-penat keluar mencari rezeki tapi bila balik rumah dalam keadaan bersepah. Siapa tak naik angin kan ? Kalau isteri bekerja tak apa juga, tapi si isteri kerja melayan internet 24 jam.. Fikirkan dan renungkanlah ..

1 comment:

  1. Edit je nie...tlg selidik timeline comment dia..xbtul kan..?

    ReplyDelete