Thursday 5 December 2013


Sebelum ini Nabila Huda dengan Nast-T dilihat sangat akrab dan kisah percintaan mereka katanya putus di tengah jalan. Namun, selepas itu kedua mereka terus berdiam diri. Mungkin membawa haluan masing-masing.

Mereka berdua kini sedang sibuk berlakon dalam biopik Saloma dan beberapa minggu lepas Nabila dikritik hebat disebabkan cara pemakaian bajunya dalam filem terbabit. Namun, dia bertindak secara profesional dengan tidak membidas balik kata-kata tersebut.

Sejak kebelakangan ni, selepas tersebar kisah Nabila mempunyai kekasih baru yang dipercayai warga Singapura, Nabila nampak lebih berhati-hati untuk memuat naik gambar dirinya sendiri ke laman sosial.

Namun, semalam dia telah memuat naik sekeping gambar dirinya disuapkan kek oleh seorang lelaki sempena hari lahirnya pada 2 Disember lepas.


Menurut sumber, jejaka yang dipercayai namanya Izwan itu merupakan salah seorang pemain bola sepak amatur untuk pasukan fcjmuda yang memakai jersi nombor 10.


Dilihat Nabila Huda ada memberikan komen pada gambar tersebut. Walaupun dia cuba menyembunyikan perkara ini, namun para peminatnya seperti dapat menghidu akan hubungannya bersama pemain bola sepak ini. Kalau betul, kita doakan yang terbaik untuk mereka berdua ini.

Walaubagaimanapun, bakat lakonan Nabila Huda sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Kebanyakan watak yang diberikan oleh pengarah, dilakonkan sebaik mungkin olehnya termasuklah watak perempuan ayu, perempuan jahat dan budak sekolah.

SUMBER - Ohbulan

0 comments:

Post a Comment