Wednesday 11 December 2013


Ramai peminat Zizan Razak atau Zizan Raja Lawak sedang berteka-teki mengenai status hubungannya dengan Emma Maembong. Kebanyakan media kecoh mengenai hubungan mereka berdua ni dan dikatakan mereka dalam saling mengenal hati budi masing-masing.

Emma Maembong menerusi Harian Metro memberitahu ada beberapa sebab dia mahu peminatnya tahu hubungannya dengan Zizan sekadar kawan rapat. Baca kata-kata dari Emma :
Bukan saya nak buat peminat berteka-teki mengenai status kami. Terus-terang ini bukan permainan atau gimik untuk raih publisiti. Biarlah orang tahu status kami sebagai kawan rapat saja, kalaulah tiada jodoh lebih mudah nak jelaskan nanti. 
Kalau status kekasih tak perlu nak canang pada semua kecuali memang tentu dia (Zizan) jodoh saya. Mungkin sekarang saya berkawan rapat dengan Zizan tapi esok lusa adakah pasti dia jodoh saya? Macam mana kalau satu hari nanti hubungan kami putus dan tak ke mana pun (berkahwin), tentu orang akan buat spekulasi itu dan ini jika saya sibuk canang kami bercinta sekarang. Sebab itu, lebih senang anggap kami berkawan rapat
"Saya tak nak cakap dia (Zizan) kekasih saya dan begitulah sebaliknya. Untuk cakap kami bercinta mungkin belum tiba masa sesuai. Lainlah kalau betul tertulis jodoh, sudah tentu kami akan berkongsi dengan semua. Selagi belum ada apa-apa, rasanya tak perlu cakap banyak mengenai hubungan ini".
Betul juga kan kata Emma Maembong ni. Nanti kalau dah betul-betul Zizan tu jodohnya, dia pasti akan mengumumkan kepada semua. Kita doakan la hubungannya dengan Zizan akan berkekalan hingga ke jinjang pelamin.

0 comments:

Post a Comment