Saturday 30 November 2013


Kenyataan terbaru daripada Johan sendiri sememangnya mengejutkan ramai pihak terutama peminat Shila Amzah dan juga peminatnya. Sebelum ini kedua artis ini nampak sangat mesra di dalam gambar yang menemukan mereka berdua. Tapi sekarang adakah pisang berbuah dua kali di pihak Shila Amzah ?

Johan jelas kecewa dengan sikap Shila Amzah yang dianggap tidak matang dalam hal berkaitan seperti ini. Shila Amzah telah "Block" akaun Instagram dan juga media sosial Johan As'ari dan sebab dia berbuat demikian masih belum diketahui.

"Bagi saya dalam hal sebegini Shila Amzah menunjukkan sikap yang tidak matang. Apa yang boleh saya katakan dia dah pun block akaun Instagram saya dan juga akaun media sosial yang lain. Saya pun tidak pasti kenapa dia bersikap demikian,” katanya lagi.
Mengulas mengenai reaksi keluarganya yang tidak setuju, Johan menafikan perkara tersebut dan berkata keluarganya bukannya tidak bersetuju dia dan Lana tetapi mereka mahu dia kenal hati budi masing-masing terlebih dahulu.

"Mereka bukan tidak bersetuju dan membenci Lana tapi keluarga saya suruh kami berkawan dulu dan kenal hati budi masing-masing sebab perkahwinan bukan satu perkara yang boleh dibawa main-main," katanya lagi.

Semalam, pasangan ini telah hadir besama di Anugerah Skrin 2013 dan Lana Nordin kelihatan berpakaian lebih manis berbanding sebelum ini yang nampak seksi. Adalah ini satu permulaan yang baik dari Lana Nordin?

SUMBER

0 comments:

Post a Comment