Sunday 1 December 2013


Sekarang ni gosip cerita Lana Nordin dan Johan As'ari sedang panas diperkatakan. Johan As'ari membuat satu pengakuan bahawa dia ingin melamar Lana Nordin selepas 3 kali berjumpa.

Ada juga sumber mengatakan Lana Nordin ingin berubah ke arah bertudung selepas ini. Tapi, tiba-tiba ada tuduhan yang megatakan dia menggunakan ilmu hitam untuk memikat hati Johan. Tidak senang dengan tuduhan tersebut, lantas dia membidas dengan mengatakan ia adalah cinta pandang pertama mereka.
"Itu benda bodoh (guna ilmu hitam). Saya kenal dia sehari. Tiga hari lepas tu dia lamar saya. Saya ada tanya dia apa yang dia suka dengan saya? Dia cakap, bila pertama kali dia tengok saya, dia dah suka." 
"Saya harap semua boleh doakan yang terbaik. Saya memang nak cari lelaki beriman, lelaki yang menerima keburukan saya sebelum saya berubah. Johan ada ilmu dalam agama dan saya percaya dia bukan main-main bila bercakap hal kahwin. Saya hormati Johan sebab dia berani suarakan hasrat dia pada saya." 
"Saya juga anggap ini sebagai wake up call untuk saya. Pada usia begini, saya mencari orang yang boleh membimbing saya. Mungkin inilah masanya saya berubah. Johan tak paksa saya. Kalau saya nak berubah kerana diri saya sendiri. Dia sokong saya. Dan saya buat perubahan perlahan-lahan”, katanya ketika ditemui pada Sabtu lalu."
Kasihan juga tengok mereka berdua ni. Bila dah bertemu jodoh, ramai pula yang buat cerita bukan-bukan. Anggap la Johan tiada jodoh dengan Shila Amzah walaupun sebelum ini ada gosip mengatakan Johan sangat intim dengan Shila Amzah. Doakanlah yang terbaik buat Lana Nordin dan Johan As'ari ni. 

0 comments:

Post a Comment