Thursday 12 December 2013


Setelah berpisah dengan Rita Rudaini, Aidil Zafuan tidak habis dilanda kontoversi. Baru-baru ini, dunia hiburan Malaysia dikejutkan lagi dengan berita Aidil kini telah menemui kekasih baru yang bernama Zarema Zainal.

Namun, selepas itu muncul pula beberapa kenyataan bahawa Aidil dan Zarema bakal bernikal pada bulan Mac 2014. Apa yang pasti, Aidil tidak pula memberikan kata putus mengenai perkara tersebut.

Kata Aidil apabila ditanya berhubung kenyataan tersebut :
Mana tahu ni? Insya-Allah, jika menjadi kenyataan saya akan jemput. Namun sama ada bulan Mac atau sebaliknya, saya enggan maklumkan dahulu. Lagi cepat lagi bagus
Ditanya sama ada Zarema Zainal adalah si gadis yang bakal menjadi isterinya, Aidil sekadar menjawab “Tunggu kadnya ya” sambil ketawa. Aduhai, ape la Aidil ni.

Kalau dah jodoh tak perlu dirahsiakan, lambat laun semua orang akan tahu juga. Apa pun, kalau betul jodohnya dengan Zarema, diharap jodoh tersebut akan kekal hingga akhir hayat.

0 comments:

Post a Comment