Thursday 12 December 2013


Alhamdulillah, mulia betul hati Rabecca Nur Islam. Duit hasil kemenangan di mahkamah tempoh hari iaitu sebanyak RM11,200 telah didermakan kepada mangsa banjir di Kuantan,Pahang. Sikap seperti ini jarang ada di kalangan artis lain.
"Saya tidak tahu mengapa dia berbuat demikian, mungkin ini membuktikan dia masih tidak ikhlas mahu melakukan pembayaran mengikut arahan mahkamah. 
Bagaimanapun untuk tidak memanjangkan lagi kes ini, saya terima. Kini saya dalam perjalanan ke Kuantan untuk membantu mangsa-mangsa tragedi banjir di sana dengan menggunakan duit tersebut."
Entah la nak cakap pasal mengenai pergaduhan di antara Erma Fatima dan Rabecca Nur Islam. Sepatutnya apabila mahkamah dah beri keputusan, ia patut diterima dengan ikhlas.

Lagipun, orang yang lebih tua sepatutnya tunjukkan sifat yang terpuji dan bersikap lebih matang. Ini tidak, nak jugak bergaduh berperti budak sekolah rendah.

Bagaimanapun, tahniah atas niat suci Rabecca Nur Islam. Murah rezeki anda jika selalu buat amal kebajikan sebegini. Asalkan niat di hati memang ikhlas untuk lakukannya. Insya-Allah ...

0 comments:

Post a Comment