Monday 2 December 2013

Qi Razali Bengang Dengan Sharnaaz Ahmad?


Pelakon lelaki yag terkenal dengan pelbagai gosip iaitu Sharnaaz Ahmad kini dilanda satu lagi kotroversi hebat. Isu ini timbul apabila Sharnaaz memuat naik gambar beliau bersama-sama Nelydia Senrose di instagram miliknya.

Seperti yang kita ketahui, Nelydia Senrose dan Qi Razali mula berkawan sejak tahun lalu dan mulai rapat sejak awal tahun ini. Tetapi media melaporkan sejak beberapa bulan lepas, pasangan ini telah mengaku bahawa mere sememangnya sedang dilamun cinta.

Dalam gambar tersebut, Sharnaaz telah meletakkan caption yang berbunyi "Tak payah penig-pening, dah depan mata". Ini seolah-olah menunjukkan dia dan Nelydia Sensore ada hubungan istimewa.


Qi katanya telah memuat naik status yang berbunyi "Celik-celik dah depan mata. Tak payah pening-pening dah. Good luck to both of you." dan "Menerima hakikatnya, redha".

Sharnaaz yang dihubungi memberitahu dia tidak tahu apa-apa mengenai status Qi tersebut. Katanya lagi, ayat yang di dalam caption gambar tersebut adalah dialog dalam drama "Bukan Kerana Aku Tak Cinta" dan dia tiada niat apa-apa cuma ingin mempromosikan drama tersebut sahaja.

"Saya tak tahu apa-apa pasal status Qi. Saya terkejut. Nely tiada dengan saya sekarang. Ni pun tengah tunggu dia untuk penggambaran (drama) sekejap lagi"

"Gambar yang saya post tu adalah gambar kami kat set penggambaran & itu adalah dialog dalam drama tu. Saya tiada niat apa-apa. Saya cuma nak promosikan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Itu saja niat saya ."

"Saya faham perasaan Qi. Saya tak nak besar-besarkan cerita, sebab sekarang saya asyik kena game jer. Saya macam dah tak boleh rapat dengan sesiapa dah sekarang ni. Tapi tak apa lah, ini pun isu yang terakhir."

"Kalau dia (Qi) tak suka Saya minta maaf. Kejap lagi saya jumpa Nely, kalau dia suruh saya delete gambar tu, saya delete lah", kata Sharnaaz yang sebelum ini pernah mengumumkan dia bakal bersara daripada dunia lakonan dalam masa terdekat ini.

SUMBER

0 comments:

Post a Comment