Monday 2 December 2013


Shila Amzah, Lana Nordin da Johan As'ari. Tiga nama ni memang tengah hangat dan panas diperkatakan mengenai isu perhubungan mereka selepas Johan mula meluahkan perasaannya terhadap Lana Nordin. Berita penuh sensasi ini mendapat liputan ramai peminat mereka.

Mana taknya, sebelum ini gosip liar mengatakan Johan dan Shila mempunyai hubungan selepas banyak gambar yang dimuat naik memaparkan gambar mereka berdua. Tiba-tiba sahaja Johan meluahkan pada media bahawa dia mencintai Lana Nordin.


Setiap ujian yang Allah bagi tu, Dia tahu yang kita mampu atasi ujian itu. Saya tidak pernah berkawan dengan sesiapa semata-mata saya ada agenda. Saya berkawan dengan tulus. Saya sayang Shila. Dia sahabat saya. Dia muda lagi. Kerjayanya tengah memuncak. Semua orang bangga dengan dia. 
Tapi kami tak pernah bercinta. Kalau dia kata dia tertipu… dia cakap tu pada saya ker? Bagi saya, dia baru melalui fasa kehidupan yang kita sendiri kena faham. Dia pun ada sejarah dia. Kita kena jadi pemaaf dan jangan biarkan diri kita selalu dimaafkan. Saya dan Shila, kami sahabat sampai bila-bila

Johan turut menafikan kononnya hubungan dia dan Shila telah ditentang oleh ibunya sendiri. Ini kerana ramai yang membuat andaian sendiri selepas ibunya memuat naik sebuah gambar yang kononnya kecewa dengan sikap anaknya itu.
Tidak ditentang. Mak mana yang tak sayangkan anak. Mak mana yang nak tengok anak dia gagal dalam perkahwinan. Mak saya tetap no.1 dan mak saya tetap sempurna. Semua ini pasti ada hikmahnya. Jadi saya yakin mudah-mudahan hati ibu tu akan terima. Terpulang pada kami untuk buktikan. 
Tapi sekarang ni tidak bermakna Lana perlu memikat hati ibu saya. Sebaliknya lebih kepada memikat hati dia sendiri untuk dia berubah. Apabila dia benar-benar nak melakukan perubahan, itu lebih baik. Cuba tengok macam hari ni, dia sopan dan dah tak pakai pewarna kuku. Kita semua sepatutnya bersyukur dengan perubahan dia ni.
Diharap Shila Amzah dapat menerima ketentuan ini dan teruskan perjuangan dalam industri muzik. Anda masih lagi muda. Banyak lagi benda yang akan ditempuhi kelak. 

0 comments:

Post a Comment